Salamun’alaik.
Sejak minggu lepas… setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad memang aku akan terpacak depan tv. Berdiri tegak semacam menyanyikan lagu Negaraku lagaknya. Gara-gara ‘Upin dan Ipin’ lah ni. Alahaiiiii… kiut gilalah kembar siam berdua tu. Suara pun serak-serak. Cakapnya petah. Bijak bagai. Kiranya… sepanjang minggu ni, kerja aku muat turun Upin dan Ipin secara rakus. Baru jumpa 4 biji episod cuma. Kartun 3D pertama Malaysia. Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek pun kalah.
Syabasla.. buat LesCopaque.
Haritu aku jumpa Youtube Downloader versi baru. Nah aku share dekat korang. Bolehlah kita cilok video-video dekat YouTube dengan rakus. Pantas. Canggih. Laju. Yang penting… percuma! Klik dekat link bawah ni… aku dah share filenye. Dalam 2MB lebih aje. Ambiklah. Sedekah. Haha..
Kiranya, dekat youtube nanti… korang paste je url video yang korang nak tu ye. Selamat memuat turun!
Filed under: Miscellaneous



Assalamu’alaikum,
Bagus juga ade youtube downloader terima kasih..
Cuma saya nak tanya, mengapa gunakan Salamun’alaik…Bukannya Assalamu’alaikum…untuk memberi salam…
Sekadar bertanya…
As-SALAM-u-alai-kum dan SALAM-un-alai-k maksudnya sama saja, mengucapkan salam (mendoakan kesejahteraan).
kum- ramai (lelaki)
kun- ramai (perempuan)
ka- seorang(lelaki)
ki- seorang (perempuan)
alai-kum biasanya digunakan scr umum. boleh digunakan di mana sahaja dan ketika. Di Arab, mereka guna “alai-k” sbg kependekan, spt mana kita selalu memendekkan ayat dlm penggunaan harian (bahasa pasar). Boleh jadi, alai-k tu ditujukan kepada lelaki atau utk perempuan (alai-ka atau alai-ki).
IMHO
ralat:
kunna – ramai (perempuan)
Assalamualaikum,
Terima kasih atas info.
Aku nak komen sket. Dari segi lughah, ke2-2nya memang sama tak berbeza langsung.
Tapi… penggunaanya kadangkala boleh mencerminkan identiti si pemberi salam.
Tidak menuduh sesiapa.
Salamun’alaikum digunakan oleh golongan menolak hadith (anti hadith) dgn alasan perkataan itu terdapat dalam Al-Quran, manakala Assalamualaikum tidak.
Golongan ni bergerak aktif di internet dgn menggunakan platform pengetahuan am, hiburan dan tak mustahil grafik yang diselit dengan ideologi baru diorg ni. Hujah mereka jika di analisa dari segi logika akal mmg mantap, tapi saya berpendapat soal agama dan spirituality tak boleh di hujan mengikut logik akal sahaja.
Don’t worry, aku tau korang semua ni o.k2 belaka. Bukan dari golongan tu. Rasional nya aku menulis sekadar berkongsi maklumat.
Terima kasih.
Terima kasih kerana berkongsi
Cuma, sebab aku mengenali tuan punya entri, jadi aku tak rasa dia memaksudkan itu atau dari golongan itu. Sebab itu aku datang dengan hujah itu dan mengabaikan faktor-faktor lain.
Bagaimanapun, aku akui kebenaran kata-kata “Makhluk Pencipta” berkenaan dengan para anti-Hadis yang menggunakan “Salamun Alaik” berbanding “Assalamualaikum” disebabkan “Assalamualaikum” tiada dlm al-Quran.
Moga kita dijauhkan dari menjadi sebahagian dari mereka ..
uiyo..
aku tak tepike langsung pun…
heheh…
hai kau warga malaysia bangsat… dah banyak warga negara kami yg bekerja disitu kalian aniaya… moga aja kalian bakal masuk neraka… kami gak terima atas perlakuan tidak beradab kalian !!! kami kutuk kalian sampai akhir hayat kalian tidak bakal hidup bahagia !!!!
Salam utk anda Dhaafi,
Jgn kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Ikutkan hati, mati. Ikutkan nafsu, lesu. Ikutkan rasa, binasa. Jadi, nak buat apa?
Tepuklah dada, tanyalah iman. Renung-renungkan dan selamat beramal !
hdfhdfh
salam.. tumpang tanya,apsal aku x leh guna pon downloader tuh.. x dpt lah..tlg cerita sket.TQ