Author

_Salamun’Alaik

  • 21 Ogos 1981 . 20 Syawal.
  • Kluang, Johor.
  • Programmer.
  • Photography. Art. Music. Books.

Huzaimatus Saadiah. Itu namanya. Nama pemberian arwah atuk. Aku memang jarang bagitahu nama sebenar. Sebab… ape eh. Sebab… saje je suka-suka nak low profile barangkali. Setiap kali bagitahu nama, mesti disalah sebut. Rata-rata manusia akan menyebut ‘Kuzai’. Bukan ‘Huzai’. Itu pasal aku sampai dah naik muak nak sebut nama sendiri.

Nama saya Huzai. Huruf ‘H’… ‘h’ tau. Bukan ‘K’ ye…

Kerja? Dari dulu sampai sekarang… memang designation aku ‘Programmer’. Tapinya, skop kerja aku bukanlah 100% sebagai programmer. Sekarang… banyak buat kerja-kerja web design, gather requirements, buat deployment, installation, technical support dan penyibuk tetap di ofis. Haha. Aku bukan penduduk tetap ofis kami di Damansara Intan. Kerapkali kena ditempatkan di client site. Dulu di Putrajaya. Lepas itu, Shah Alam. Sekarang ini di Jalan Duta. Memang best. Travelling sokmo! Plus… boleh claim! Haha.

Ofis kami tak adalah besar mana. Anggaran kasar sekarang dalam 23 orang barangkali. Masih kurang dari 25. Tak besar bukan? Sungguhpun kecil… tapi sangat best. Masing-masing rapat antara satu sama lain. Melayu dalam 7 orang. Lain semua berbangsa Cina. Tapi masing-masing memang kamcing. Jangan kata bos… kami punya CEO pun close gila dengan semua. Hari-hari ambil tahu progress kerja dan perkembangan hidup pekerja.

Best kan..? Jangan jeles. Haha

Masa lapang? Aku suka buang masa. Haha. Selalunya.. setiap minggu memang full gila. Dengan kelasnya. Dengan kerja-kerja ofisnya. Hidup aku memang 24 jam depan laptop. Rasanya kalau sehari tak jumpa laptop memang hidup ada sedikit tak kena. Serba serbi jadi tak betul. Kadang boleh terpacak depan laptop sampai 3 suku hari baru aku mandi. Haha.

Okelah. Itu aje_

8 Responses

  1. camne nak join neh?

  2. aku dah add ko jd kontributor dani.

  3. Huhu. Blog aku gak, yang statik lembab sangat nak bergerak.

    PS: Just in case, aku maksodkan http://darkwan.wordpress.com

  4. aku da lame rejister werdpress..
    cumenye… tak bape reti nk pakai..
    da la kalo nk buat theme sendiri bagai pon kene apgred..
    pakai paypal lagi..
    mencekik pendarahan sunggoh..

    tp.. wedpres ade sket bes la jugak kot.

    promosi tu penting dope..
    berusahalah.
    hehe.

  5. Drpd ko bayar utk wordpress, baik ko beli domain/host sendiri. Tapi kena through all the installation and updates hassles ah. Cam tak biasa lak :p

  6. aku x bayo pape pon..
    maleh aku..
    baek aku beli domain/hosting sendiri.
    aah.. da betolla tu ko ckp..

    haha..
    long term projek sejak 2003 tu..
    x tebeli2 ponnnnnnnnnnnnnnn aku ni.
    a
    l
    a
    h
    a
    i.

  7. nak join le.. bleh ke?

  8. assalamu alaikum…
    sahabat dari negeri jiran, salam kenal

Leave a Reply