Free Youtube Downloader v2

Salamun’alaik.

Sejak minggu lepas… setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad memang aku akan terpacak depan tv. Berdiri tegak semacam menyanyikan lagu Negaraku lagaknya. Gara-gara ‘Upin dan Ipin’ lah ni. Alahaiiiii… kiut gilalah kembar siam berdua tu. Suara pun serak-serak. Cakapnya petah. Bijak bagai. Kiranya… sepanjang minggu ni, kerja aku muat turun Upin dan Ipin secara rakus. Baru jumpa 4 biji episod cuma. Kartun 3D pertama Malaysia. Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek pun kalah.

Syabasla.. buat LesCopaque.

Haritu aku jumpa Youtube Downloader versi baru. Nah aku share dekat korang. Bolehlah kita cilok video-video dekat YouTube dengan rakus. Pantas. Canggih. Laju. Yang penting… percuma! Klik dekat link bawah ni… aku dah share filenye. Dalam 2MB lebih aje. Ambiklah. Sedekah. Haha..

Youtube Downloader v2

Kiranya, dekat youtube nanti… korang paste je url video yang korang nak tu ye. Selamat memuat turun!

GahooYoogle.com

Salamun’alaik.

Yahoo.com dan Google.com. Antara 2 laman carian enjin terbesar di WWW. Masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Tak kisahlah bagaimana gaya dan rupa bentuknya. Yang penting, segala carian kita pasti ditemui. Tapi, bukankah lagi bagus kalau Yahoo.com beserta Google.com ini bersatu padu menjadi satu. Mesti makin mantap hasil cariannya bukan? Itu… kalaulah. Kalau.

Tahukah anda… Yahoo.com dan Google.com ini telah digabungkan menjadi satu?

Read more »

Tutorial – Create Image Border

Salamun’alaik.

Dulu masa mula-mula aku buat image border, aku create shape. Lepas tu dalam dia aku kosongkan background color. Punyalah menyusahkan diri sendiri. Waemah ada cara yang lagi senang. Dalam 2 minit je dah siap.

Hasilnya macam ini…

Tak percaya?

Read more »

Tutorial – Page Curl

Salamun’alaik.

Dah 8 tahun aku cuba buat page curl ni. Tak menjadi-jadi jugak. Kesudahannya, lebih kurang minggu lepas baru aku berjaya betul-betul nak buat sendiri. Punyaaaalah lama. Itulahnya.. tangan kayu. Maka, sekarang giliran korang pulak mencuba sendiri. Bagi mereka yang tak pernah tahu jelah. Kalau dah tahu, sudilah kiranya dapat share tips korang sendiri. Bagi yang nak mencuba tu, harapnya tak adalah sampai memakan masa 8 tahun macam aku ye. Haha…

Ini hasilnya..

Credit to: Foureyes

Mahu cuba?

Read more »

528 536 547

Busy Busy Busy..
Studying for MCPD… pergh..
Cramming with Exam Crams..
Digging in the 1000+ pages text book every day…
528 ~ Think can manage diz one.. been studying.. OK lah.. [Said to be the Easiest in the whole 3 Exam bunch..]
536 ~ Waaah!!! the book so thick.. wanna puke!!! waaah!!!
547 ~ Haven’t touch a wee bit.. urgh! mampos aku.. uhu..

Be Taking the 528 and 536 this October..
Wish me LUCK!!! PRAY!!!! uhuuuu… help!

p/s: Exam Crams needed!! THANK YOU!!

Color Lovers

Salamun’alaik.

Tanpa warna, hidup memang tak ceria. Di sini aku sertakan beberapa koleksi laman warna yang aku selalu refer. Sumbangan encik boss.

  1. Kuler Adobe
  2. Daily Color Scheme
  3. Pourpre.com
  4. Well Styled.com
  5. Color Lovers.com
  6. 140 named colours

oke. Enjoy!

Thought of the Day

Salamun’alaik.

Pada 28 Mac 2007 haritu, encik boss forwarded something to us. Aku ingat lagi hari tu. Aku dah give up nak buat back end programming. Aku siap dah nak bagi encik boss suicide note. Betapa gila dramatiknya bunyi surat tu. Nasib baik aku tak bagi lagi. Satu hari tu, bos slow talk dengan aku. Dia cuba find out apa sebenarnya problem aku bagai.

Aku kata aku slow. Macam sloth. Terhegeh-hegeh bagai. Buat kali ke 8 juta, aku cakap aku sangat suka programming. Tapinya… lepas dekat sejam lebih berdiskusi dengan boss, aku pun surrender.

Back end programming… goodbye.

Boss suruh aku concentrate dekat front end programming je. Dia suruh buat User Interface bagai. Belajar CSS. XHTML. Java script. Jquery. Everything. Kesudahannya, itu ajelah skop yang aku fokuskan sampailah sekarang. Di mana ada kemahuan, susah nak mati gila babas pun insyaallah mesti ada jalan.

CSS… welcome! Welcome!

(http://www.paulgraham.com/notnot.html)

Paul Graham said..

…The parents who want you to be a doctor may simply not realize how much things have changed. Would they be that unhappy if you were Steve Jobs instead? So I think the way to deal with your parents’ opinions about what you should do is to treat them like feature requests. Even if your only goal is to please them, the way to do that is not simply to give them what they ask for. Instead think about why they’re asking for something, and see if there’s a better way to give them what they need…”

Wait till the time.. when we become a parent to our own children..

Now, you know kan..! Hehe..

Free Icons

Salamun’alaik.

Dulu, bila aku nak cari icons yang cantik-cantik, FREE dan besar-besar mesti kena masuk site yang disuruh bayar. Ada memang ada laman yang menyumbangkan koleksi icons secara percuma. Cumanya, kadang bila kita nak customize icon tu, dah satu hal pulak kena cari lagi sekali. Sebab itulah leceh.

Tapi suatu hari tu.. encik boss datang dekat meja aku.

Hey, you know. I have a cool site for you. You can find any icons from d’ smallest size of 16×16 to 128×128 you know!

Biar betul bos ni. Ada ke site macam tu. Gila murah hati bagi free macam tu je. Tapinya… memang serius ada.

Iconlet.com

So, memandangkan encik boss dah pass kat aku. Aku pass balik kat korang semua. Yang mana yang masih lagi tak pernah tahu kewujudan site tu, ambillah pakai. Yang mana yang tahu tu, sebarkanlah lagi.

Lama-lama, makin senang kerja aku kalau ada banyak site macam ni.

Haha.